Informasi Permainan Video Terkini
Kemaskini Baharu PUBG Versi Konsol Menyertakan Fungsi Rentas-Platform Untuk PS4 Dan Xbox One

Kemaskini Baharu PUBG Versi Konsol Menyertakan Fungsi Rentas-Platform Untuk PS4 Dan Xbox One

Diterbitkan pada Okt 2, 2019 oleh .

PUBG Corporation hari ini telah mengeluarkan kemaskini versi 4.3 untuk PUBG PlayStation 4 dan Xbox One. Melaluinya, fungsi rentas-platform disediakan, dengan kata lain pemain kini akan bermain bersama ataupun melawan pemain lain daripada dua konsol tersebut. Fungsi ini pertama kali diumumkan semasa Gamescom pada bulan Ogos lepas.

Selain itu ia juga menyediakan cara baharu untuk pemain memantau pencapaian iaitu Survival Mastery. Ia akan mempunyai tahap sendiri dan menyediakan ganjaran berdasarkan tahap tersebut.

Ia akan memperlihatkan tahap pemain berdasarkan sesi bermain sebelum ini dan juga data-data seperti jumlah damage yang dilakukan. Pemain juga mendapat informasi mengenai satu sesi permainan dengan lebih jelas.

Kemaskini ini juga akan menyertakan senjata crate baharu iaitu DBS shotgun yang sangat berguna pada pengakhiran permainan. Seperti kemaskini lain, ia juga menyertakan pelbagai penambah-baikkan dan juga pembuangan pepijat daripada permainan.


TIPS & ULASAN