Skip to main content

Netmarble telah mengumumkan permainan mudah alih The King of Fighters Allstar pada tahun lepas, ia merupakan permainan aksi RPG yang akan menyertakan bentuk kawalan yang mudah.

Dengan menyertakan watak-watak daripada siri The King Of Fighters ’94 sehingga XIII, permainan ini akan membolehkan pemain untuk melakukan pelbagai bentuk serangan ikonik berdasarkan watak-watak tersebut dengan visual yang menarik.

Bagi yang ternanti-nanti permainan ini, ia kini boleh di pra-daftar melalui App Store dan juga Play Store. Menariknya, pemain yang pra-daftar akan berpeluang untuk mendapat pelbagai ganjaran.

Ganjaran pertama adalah ‘Option Card’ berdasarkan watak Kyo Kusanagi dan Iori Yagami. Bergantung kepada jumlah pra-daftar yang diterima berikut adalah ganjaran lain yang akan diberikan kepada pemain;

  • 50,000 Jumlah Pra-Daftar: 1x Baseball Yuri Character
  • 150,000 Jumlah Pra-Daftar : 100 Rubies dan 10 Rare EXP Capsules
  • 400,000 Jumlah Pra-Daftar : 1x Baseball Yuri Card
  • 700,000 Jumlah Pra-Daftar : 400 Rubies dan 10 Plus Capsule Boxes
  • 1,000,000 Jumlah Pra-Daftar : 1x 5★ Fighter Selector

The King of Fighters Allstar sudah dikeluarkan di Korea Selatan dan Jepun, dan telah menjadi pemain di tempat pertama untuk carta permainan percuma di App Store dan juga Play Store dengan lebih 14 juta pemain daripada kedua negara tersebut.

Bagi yang berminat pastikan anda pra-daftar menggunkan pautan yang kami sertakan di bawah atau secara terus melalui gedung aplikasi di peranti pintar anda.

[info]Pra-Daftar (Play Store): The King of Fighters Allstar[/info]

[info]Pra-Daftar (App Store): The King of Fighters Allstar[/info]

Leave a Reply