Skip to main content

Ogos lepas, Warner Bros dan NetherRealm Studios telah mengumumkan senarai watak baharu yang bakal hadir ke dalam permainan pertempuran mereka iaitu Mortal Kombat 11.

Menyertai watak-watak seperti Spawn dan Joker adalah T-800 daripada siri filem Terminator. Hari ini, mereka berkongsi satu trailer yang memperlihatkan bentuk pertempuran beliau.

Diperlihatkan adalah bagaimana T-800 menggunkan senjata seperti shotgun untuk menyerang, ia juga memperlihatkan fatality yang tampaknya bukan sahaja menembak tetapi T-800 juga menghantar lawan ke masa depan sebelum akhirnya dibunuh oleh robot-robot di zaman tersebut.

T-800 merupakan antara watak yang disertakan di dalam Kombat Pack dan dijual dengan harga RM155 di Steam, RM159 di PlayStation Store dan $39.99 (RM167) di Nintendo eShop dan Xbox Store.

Ia akan mula hadir pada 8 Oktober untuk pemilik Kombat Pack, manakala seminggu kemudian untuk yang ingin membeli secara berasingan dengan harga RM 20 di Steam, RM24 di PlayStation Store dan $5.99(RM25) di Nintendo eShop serta Xbox Store.

Leave a Reply