Informasi Permainan Video Terkini
Presiden Sony Interactive Entertainment Japan Asia, Atsushi Morita Bersara

Presiden Sony Interactive Entertainment Japan Asia, Atsushi Morita Bersara

Diterbitkan pada Okt 1, 2019 oleh .

Menurut kenyataan rasmi oleh Sony Interactive Entertainment Japan Asia, presiden dan pengarah Atsushi Morita kini disahkan akan bersara atas faktor umur yang mana beliau kini berusia 60 tahun.

Menurut Takashi Mochizuki, wartawan dari Wall Street Journal, pengarah SIEJA akan digantikan oleh Kazuhiko Takeda, namun presiden masih belum diumumkan.

Semestinya pengumuman ini tidak berkaitan dengan Shawn Layden yang meninggalkan Sony Interactive Entertainment awal pagi ini kerana menurut Takashi Mochizuki, Oktober merupakan permulaan tahun fiskal kedua untuk kebanyakan syarikat Jepun, sekaligus akan terdapat beberapa perubahan dalaman.

Kami di Aksiz juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya buat Atsushi Morita atas persaraan beliau dan kami pasti akan mengemaskini sebarang informasi lanjut setelah Sony Interactive Entertainment mengumumkan.


TIPS & ULASAN