Auto Chess merupakan mod buat permainan Dota 2 yang diperkenalkan oleh Drodo Studio sekitar tahun ini. Selepas mendapat kebenaran pembangun, Valve juga sebelum ini melancarkan Dota Underlords, iaitu bentuk permainan Auto Chess bagi watak-watak dari siri Dota 2.
Meskipun begitu, Drodo Studio meneruskan permainan tersebut dengan melancarkannya secara tersendiri melalui versi permua di iOS dan Android yang mana pemain boleh muat-turun secara percuma.
Manakala sekitar Jun lepas, versi PC diumumkan melalui Epic Games Store yang mana ia boleh dimainkan melalui akses awal beta dan menurut Epic Games, ianya akan dilancarkan secara rasmi sekitar tahun ini.
Terkini, Dragonest Games mengumumkan yang mana mereka juga akan melancarkan permainan tersebut di konsol Playstation 4 dan Switch menjelang tahun hadapan. Menurut ketua pegawai eksekutif Dragonest Games, mereka juga akan melancarkan sebilangan kemaskini baharu buat permainan tersebut seperti mod empat lawan empat, mod pertandingan dan sebagainya.
Semestinya ini pengumuman yang menarik buat permainan Auto Chess memandangkan permainan Dota Underlords iaitu permainan yang mempunyai bentuk seakan sama hanya tiba sebagai permua dan di PC sahaja. Sekaligus dengan tibanya Auto Chess di konsol, ianya pasti akan menarik minat lebih ramai pemain.