Sebelum ini kami berkongsi yang mana permaina Arise: A Simple Story yang diperlihatkan di acara State Of Play akan dilancarkan di konsol Playstation 4.

Terkini menurut Techland Publishing, permainan tersebut juga akan tiba di konsol Xbox One dan PC melalui Epic Games Store yang mana ianya akan dilancarkan secara rasmi pada 3 Disember 2019 ini di semua platform tersebut.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Arise: A Simple Story merupakan permainan yang dibangunkan oleh Piccolo Studio dan diterbitkan oleh Techland Publishing.

Permainan ini memfokuskan pengembaraan beremosi antara dua individu yang memfokuskan bentuk masa dan juga visual seni yang menarik. Menariknya juga, menurut laporan, permainan ini juga menyokong bentuk permainan secara koperasi sebanyak dua pemain serentak.

Bagi anda yang berminat dengan permainan ini, anda boleh mendapatkannya menjelang Disember ini.

Sohor Kini