Informasi Permainan Video Terkini
Akses Awal Untuk Minecraft Earth Akan Hadir Secara Berperingkat Bermula Minggu Ini

Akses Awal Untuk Minecraft Earth Akan Hadir Secara Berperingkat Bermula Minggu Ini

Diterbitkan pada Okt 1, 2019 oleh .

Mojang mengumumkan yang mereka akan melancarkan Minecraft Earth secara akses awal bermula minggu ini di beberapa negara. Mereka merancang untuk menambah negara setiap minggu bermula sekarang sehingga akhir tahun ini.

Minecraft Earth merupakan permainan Minecraft di dalam bentuk realiti-terimbuh yang diumumkan pada tahun ini untuk Android dan juga iOS. Mojang sebelum ini juga membuka pra-daftar di Play Store untuk mendapat peluang mencuba permainan tersebut lebih awal.

Buat masa ini tiada pengesahan mengenai negara-negara awal yang akan mendapat akses awal tersebut dan mereka juga berkongsi jangkaan tarikh ia akan dikeluarkan secara rasmi.


TIPS & ULASAN