Lanjutan daripada pengumuman berkenaan permainan My Hero One’s Justice 2 yang kami laporkan semalam, hari ini Bandai Namco akhirnya memperlihatkan video acah pertama buat permainan tersebut yang mana ianya disahkan bakal tiba di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC sekitar tahun hadapan.

Berdasarkan video acah yang diperlihatkan, ianya mempamerkan watak Deku bersama watak penjahat Kai Chisaki iaitu salah seorang daripada League Of Villain. Sekaligus kami percaya kali ini, permainan ini akan memfokuskan musim ke-3 dari siri anime My Hero Academia.

Kami juga percaya dari segi bentuk permainan, Bandai Namco masih lagi akan mengekalkan bentuk permainan perlawanan memandangkan permainan pertamanya memfokuskan bentuk sedemikian.

Buat masa ini, informasi lanjut masih belum dikongsikan. Semestinya akan kami laporkan jika terdapat sebarang pengumuman yang dilakukan kelak, terutamanya ketika acara New York Comic-Con yang dijanjikan oleh Bandai Namco sebelum ini.

Sohor Kini