Skip to main content

Bulan September boleh dikatakan satu bulan yang padat untuk pemain permainan video, tambahan lagi bagi yang meminati permainan bola sepak kerana FIFA 20 dan eFootball PES 2020 dikeluarkan pada bulan lepas.

Bulan ini pula, momentum berterusan kerana terdapat banyak permainan menarik dikeluarkan pada bulan ini. Kami mempunyai masalah untuk memilih permainan-permainan yang ingin disenaraikan di dalam kalendar, tambahan lagi untuk memilih 5 permainan menarik bagi bulan ini.

Namun, berikut adalah 5 permainan menarik untuk bulan Oktober 2019;

Call of Duty: Modern Warfare

Sesi beta untuk Call of Duty Modern Warfare boleh dikatakan sangat berjaya, ramai pemain yang mencuba dan menyukai apa yang disediakan melalui sesi tersebut. Sebagai satu permainan olahan semula untuk antara permainan terbaik di dalam siri Call of Duty, permainan ini sudah semestinya satu yang dinantikan oleh pemain. Ia akan dikeluarka pada 25 Oktober untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Medievil

Satu lagi permainan olahan semula untuk permainan kegemaran ramai, Medievil akan turut dikeluarkan pada 25 Oktober 2019 secara eksklusif untuk PlayStation 4. Dengan banyak penambah-baikkan yang disertakan, ia sudah semestinya menjadi tarikan bukan sahaja yang pernah mencuba permainan asal tetapi juga untuk pemain yang baru sahaja mengenali permainan ini.

Luigi’s Mansion 3

Luigi’s Mansion 3 merupakan permainan pengembaraan yang memfokuskan watak Luigi menjadi seorang ‘ghostbuster’ untuk menyelamatkan rakan-rakan beliau daripada hantu. Dengan menyertakan pelbagai tekaria termasuk juga mod koperasi, ia sudah semestinya permainan oleh Nintendo yang akan menghantui anda pada bulan ini.

Ghost Recon: Breakpoint

Menjadi permainan seterusnya untuk menggantikan Ghost Recon: Wildlands yang dikeluarkan pada 2 tahun lepas, Ubisoft ingin mengekalkan apa yang menyeronokkan melalui permainan tersebut dan pada masa yang sama ingin membawa sesuatu yang baharu untuk siri permainan tersebut. Ghost Recon: Breakpoint akan dikeluarkan pada 4 Oktober ini dan mungkin menjadi permain pertama untuk ramai pemain bagi bulan ini.

The Outer Worlds

Dikatakan sebagai pengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Fallout selepas permainan tersebut memfokuskan mod dalam talian, The Outer Worlds oleh Obsidian Entertainment menjanjikan satu permainan dengan pengisian yang sangat padat. Ia akan dikeluarkan pada 25 Oktober untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Versi Switch akan tiba sekitar tahun ini.


Walaupun kami menyenaraikan 5 permainan menarik untuk bulan ini, tetapi sebenarnya terdapat banyak lagi permainan-permainan lain yang kami tidak senaraikan, contohnya Concrete Genie, Doraemon: Story of Seasons dan Atelier Ryza.

Jika anda ingin melihat permainan-permainan lain anda boleh rujuk kalendar yang kami sediakan di bawah. Seperti yang kami perkatakan di atas, ada lagi permainan lain yang tidak kami letakkan di dalam kalendar tersebut. Oktober sudah semestinya satu lagi bulan yang padat.

Leave a Reply