Pemain boleh mencipta lobi sendiri dan menetap perlawanan yang diingini daripada pelbagai jenis mod perlawanan yang berbeza. Pemain juga boleh menetapkan untuk menggunakan watak asal sahaja. Lobi tersebut boleh dibuka kepada rakan sahaja ataupun secara terbuka.

2K mengumumkan yang di dalam permainan terbaru untuk siri WWE iaitu WWE 2K20 akan membawa kembali lobi dalam talian untuk memudahkan pemain bermain bersama dengan rakan ataupun dengan pemain yang secara multi-pemain.

Jika anda sekadar ingin mencari sesi multi-pemain, anda juga boleh mencari lobi-lobi yang dicipta oleh pemain lain dan terbuka untuk semua. Apabila berada di lobi, pemain boleh berkomunikasi dengan pemain lain.

WWE 2K20 akan dikeluarkan pada 22 Oktober 2019 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini