Bandai Namco pada Ogos lepas telah mengumumkan yang permainan aksi berdasarkan siri Tokyo Ghoul iaitu Tokyo Ghoul:re Call to Exist akan dikeluarkan pada 15 November 2019 untuk PlayStation 4 dan PC.

Hari ini, mereka berkongsi satu trailer baharu yang memperlihatkan beberapa watak yang boleh digunakan di dalam permainan ini. Bagi yang mengikuti siri Tokyo Ghoul, watak-watak tersebut sudah semestinya dikenali ramai.

https://www.youtube.com/watch?v=_C2kuBquPVA

Antara watak yang diperlihatkan adalah Ken Kaneki, Shu Tsukiyama, Nishiki Nishio, Touka Kirishima, Naki, Ayato Kirishima dan Seidou Takizawa ataupun Owl.

Bagi anda yang meminati siri Tokyo Ghoul, anda boleh mendapatkan permainan ini menjelang November ini khas di Playstation 4 dan PC.

Sohor Kini