Informasi Permainan Video Terkini
Bungie Merancang Untuk Mengeluarkan Judul Baharu Menjelang Tahun 2025

Bungie Merancang Untuk Mengeluarkan Judul Baharu Menjelang Tahun 2025

Diterbitkan pada Okt 1, 2019 oleh .

Bungie sebelum dikenali sebagai pembangun untuk permainan Destiny, mereka merupakan pembangun Halo di bawah Microsoft sebelum meninggalkan syarikat tersebut pada tahun 2007.

Mereka terus kekal sebagai studio independent dan mengeluarkan Destiny pada tahun 2014 di mana mereka sudah menandatangani perjanjian dengan Activision untuk memberi hak penerbitan kepada mereka untuk 10 tahun.

Selepas menerima pelaburan daripada NetEase sebanyak $100 juta (RM419 juta), pada awal tahun ini mereka mengumumkan membatalkan perjanjian dengan Activision dan akan menerbitkan permainan mereka secara sendiri.

Manakala untuk perancangan masa depan pula, melalui temubual bersama dengan IGN, CEO Bungie Pete Parsons mengatakan mereka merancang untuk menjadi syarikat hiburan terbaik di dunia dan untuk menjadi syarikat multi-francais menjelang tahun 2025.

Ini tidak bermakna mereka akan meninggalkan Destiny, sebaliknya mengatakan menjelan tahun 2025 mereka sudah membawa Destiny ke satu tahap yang baharu bersama dengan satu judul lain di pasaran.

Destiny 2 versi PC akan berpindah ke Steam dan sudah boleh mula di pra-muat, bagi yang sudah mempunyai akaun pastikan anda sudah memindah-nya sebelum Battle.net tidak lagi menyertakan permainan tersebut.


TIPS & ULASAN