Shawn Layden merupakan pengerusi untuk Sony Interactive Entertainment (SIE) Worldwide Studios yang menjadi bumbung kepada studio-studio pembangun untuk Sony seperti Naughty Dog, Santa Monica dan juga yang baru menyertai tahun ini iaitu Insomniac Games.
Beliau juga merupakan wajah kepada PlayStation apabila sering menampilkan diri di acara-acara seperti E3 untuk memperlihatkan penawaran PlayStation.

Hari ini, PlayStation melalui Twitter mereka mengumumkan yang beliau akan meninggalkan SIE, tidak pasti jika beliau akan meninggalkan Sony secara terus ataupun akan memegang jawatan lain.
Buat masa ini, masih tiada sebab yang diberikan dan Shawn Layden sendiri tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi. Jika ada sebarang informasi lanjut, kami akan kongsi-kan kelak.