Skip to main content

Selepas melalui beta tertutup, Garena akhirnya melancarkan Call of Duty: Mobile secara rasmi untuk pengguna Android melalui Play Store dan App Store untuk pengguna iOS.

Pengeluaran ini adalah soft lunch, di mana ia akan tiba secara rasmi pada hari esok.

Call of Duty: Mobile merupakan permainan mudah alih yang dibangunkan oleh Tencent untuk Activision, di pasaran Malaysia ia akan diterbitkan oleh Garena.

Melalui permainan ini, ia menyediakan pelbagai mod multi-pemain seperti mod Deathmatch, mod pertempuran Royale dan juga mod S&D yang menggunakan bom.

Berikut adalah spesifikasi minimum untuk bermain permainan ini. Bagi pengguna Android ia memerlukan peranti yang mempunyai sekurang-kurangnya CPU Duo core 1.2GHZ, Android versi 4.3 dan ke atas, RAM sekurang-kurangnya 1.5GB. Manakala untuk iOS, ia mestilah iPhone 6 ataupun yang lebih terbaru yang menggunakan iOS9 ataupun yang lebih terbaru.

Bagi yang sudah mencuba, tidak kira baru ataupun sejak ia dikeluarkan secara beta lagi, apa pendapat anda?

[download]Play Store: Call of Duty: Mobile[/download] [download]App Store: Call of Duty: Mobile[/download]

Leave a Reply