Sebelum ini kami melaporkan yang mana Big Sugar dan Steel Mantis akan melancarkan permainan seterusnya oleh mereka, iaitu Valfaris yang mana ianya memfokuskan bentuk permainan aksi 2D.
Terkini, pembangun permainan tersebut akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran permainan tersebut yang mana ianya akan dilancarkan secara berperingkat mengikut platform.
Valfaris akan dilancarkan pada 10 Oktober 2019 ini di PC dan Switch. Manakala bagi versi Playstation 4, ianya bakal tiba pada 5 November 2019 ini dan Xbox One pula bakal tiba 8 November 2019 kelak.
Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Valfaris akan meletakkan pemain untuk mengembara di angkasa galaksi dan pada masa yang sama bertempur dengan pelbagai jenis musuh dengan bentuk pertempuran dan tembakan yang pantas dan ganas. Dengan tema muzik Heavy Metal, permainan ini akan membawa pelbagai bentuk permainan beraksi yang pasti akan membuat pemain menyukainya.
Menariknya, permainan ini dibangunkan oleh pembangun buat permainan Slain: Back From Hell dan juga menyertakan muzik latar oleh bekas pemain guitar dari Celtic Frost iaitu Curt Victor Bryant.
Bagi anda yang berminat dengan permainan seakan Doom Tropper, anda boleh dapatkan permainan ini bermula Oktober ini.