Kingsman adalah satu agensi perisikan. Ia mungkin berada di seluruh dunia, kerana filem pertama berada di London dan filem kedua berada di Kentucky. Filem pertama adalah lebih menarik, namun filem kedua pada pada saya hanya biasa-biasa sahaja. Filem ini kini telah menjadi satu francais kerana terdapatnya filem ketiga, The King’s Man. The King’s Man adalah filem prekuel, jadi ia tiada kaitan dengan filem pertama dan kedua. Terkini, video acah baru telah diterbitkan dan memperlihatkan lebih butiran mengenai filem asal-usul Kingsman.
Filem prekuel ini akan memperlihatkan asal-usul Kingsman, seperti bagaimana dan sebab apa ia ditubuhkan. Untuk filem ini, latar masanya adalah pada zaman perang dunia pertama – yang mana penzalim-penzalim seperti T.E. Lawrence, Herbert Kitchener dan Grigori Rasputin adalah dalang kepada perang dunia. Mereka juga dikatakan bersatu dengan lebih ramai penjahat/penzalim lain bagi mencetuskan satu perang baharu bagi membunuh jutaan insan tidak bersalah. Jadi, bagi menghentikan perang ini agensi perisikan The King’s Man terpaksa ditubuhkan dan ia disokong oleh tokoh-tokoh ternama.

Antara pelakon dalam filem ini adalah Ralph Fiennes, Harris Dickinson, Rhys Ifans, Tom Hollander, Daniel Bruhl, Gemma Arterton, Matthew Goode, dan Charles Dance. Filem ini hanya akan ditayangkan pada tahun hadapan, 14 Februari – sama-sama kita nantikan.