Penambahan baharu untuk Hearthstone iaitu Saviors of Uldum sudah dikeluarkan sejak Ogos lepas dan menurut Blizzard mereka merasakan yang meta sudah stabil dan oleh disebabkan itu mereka merancang untuk melakukan penambah-baikkan bagi Standard.
Ia akan hadir dalam bentuk Event Card, melaluinya Blizzard akan menyertakan kembali 23 kad yang sudah dikeluarkan daripada Standard. Kad-kad tersebut akan disediakan kepada pemain secara percuma, tetapi untuk sementara waktu sahaja.
Apabila Event berakhir, kad tersebut akan dibuang daripada koleksi pemain. Blizzard akan melakukan pengumuman lanjut termasuk juga senarai penuh kad yang akan disertakan pada 5 Oktober ini.
Blizzard juga akan menyertakan Event dengan lebih kerap selepas penerimaan yang baik daripada pemain untuk acara Fire Fest-E.V.I.L. yang berlangsung sebelum ini. Acara seterusnya akan turut dikongsi pada 5 Oktober ini.
Selain itu, Hearthstone juga akan menerima kemaskini lain untuk menjadikan permainan lebih baik. Antaranya adalah pemain kini boleh mencari kad walaupun dengan ejaan yang salah.
Untuk cabaran harian pula, Blizzard akan membuang cabaran yang tidak digemari oleh pemain dan menurunkan keperluan untuk lebih memudahkan pemain menyelesaikannya. Ia juga akan dibahagikan kepada 2 jenis iaitu cabaran senang yang memberikan 50G dan yang sedikit sukar untuk 60G.
Satu lagi perkara menarik adalah bagi pemain yang mencapai 1 ribu kemenangan dengan sesuatu hero bukan sahaja menerima bingkai emas tetapi gambar baharu untuk hero tersebut.
Apa pendapat anda mengenai penambahan-penambahan yang akan disertakan di dalam Hearthstone ini?