Hujung minggu lepas, pada 28 dan 29 September 2019 berlangsungnya acara Server DNA di Le Meridien, Putrajaya di mana acara tersebut adalah acara terbesar yang dianjurkan oleh serverDNA dan E-Sports Kuala Lumpur Association (ESKL).

Menurut Rupern Chiu, pengasas ServerDNA menyatakan bahawa tahun ini merupakan tahun ke-4 buat acara ini dan menerima sokongan yang sangat memberansangkan dengan lebih dari 5,000 pengunjung.

Sepanjang hujung minggu tersebut, terdapat pelbagai aktiviti yang tersedia termasuklah kejohanan e-sukan dengan pelbagai reruai-reruai daripada pengajur seperti Logitech, Predator, Aorus dan sebagainya.

Menariknya juga ketika acara tersebut, terdaptat juga cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik yang mana pengunjung berpeluang untuk menyertai dengan melakukan sebilangan aktiviti seperti mengundi rekaan CPU komputer terbaik dan sebagainya.

Selain itu, terdapat juga beberapa sesi temu bual bersama-sama penstrim terkenal di Malaysia seperti ChuChu Gaming yang baru sahaja kami menemu-bual sebelum ini.

Juga ketika hari kedua acara tersebut, YB Khalid Abdul Samad iaitu menteri Wilayah Persekutuan juga sempat untuk menghadiri acara tersebut di samping merasmikan kejohanan Kuala Lumpur Esports Masters yang dikongsikan oleh kami sebelum ini.

Dengan wang hadiah terkumpul sebanyak RM1 juta, kejohanan tersebut akan menempatkan 5 kategori permainan yang terdiri daripada kejohanan permainan perlumbaan, permainan di konsol, permainan PC, permua dan juga realiti-maya. Buat masa ini, permainan yang disahkan adalah FIFA 20 dan Counter-Strike: Global Offensive.

Juga ketika acara yang sama, YB Khalid Abdul Samad juga menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara pengajur-penganjur buat kejohanan tersebut.

Selain itu, ketika acara pelancaran kejohanan tersebut, YB Khalid Abdul Samad juga menyatakan bahawa kerajaan Wilayah Persekutuan akan memperuntukkan wang sebanyak RM500,000 untuk meningkatkan lagi industri e-sukan di Malaysia.

Manakala informasi lanjut lain akan diumumkan kemudian, termasuklah tarikh rasmi kejohanan tersebut yang mana ianya dijadualkan untuk diadakan tahun hadapan.

Hisham Darus, iaitu setiausaha Esports Malaysia (ESM) dan presiden E-Sports Kuala Lumpur Association (ESKL) menyatakan yang mana impak ServerDNA semestinya memberi kesan terhadap perkembangan industri e-sukan di Malaysia dan pada masa yang sama mengucapkan tahniah atas kejayaan acara tersebut yang berlangsung hujung minggu lepas.

Semestinya dengan pengumuman ini, industri e-sukan di Malaysia pasti akan terus berkembang dengan pelbagai kejohanan besar yang bakal di adakan tahun hadapan. Dengan wang hadiah terkumpul sehingga RM1 juta, sudah pasti kejohanan ini akan menjadi satu acara e-sukan terbesar kelak.

Tambahan itu dengan sokongan yang diberi oleh para penggemar e-sukan buat acara ServerDNA, kami di Aksiz juga percaya ServerDNA akan kembali tahun hadapan dengan acara yang lebih besar.

Sohor Kini