Informasi Permainan Video Terkini
Warriors Orochi 4 Ultimate Disahkan Bakal Dilancarkan Pada 14 Februari 2020

Warriors Orochi 4 Ultimate Disahkan Bakal Dilancarkan Pada 14 Februari 2020

Diterbitkan pada Sep 30, 2019 oleh .

Sebelum ini kami berkongsi yang mana watak Ryu Hayabusa dari Ninja Gaiden akan tiba di permainan Warriors Orochi 4 Ultimate yang mana ianya adalah versi tambahan untuk permainan Warriors Orochi 4 sebelum ini.

Terkini, tarikh rasmi permainan tersebut akhirnya disahkan yang mana ianya bakal tiba pada 14 Februari 2020 ini di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC. Tambahan itu, Koei Tecmo juga mempertontonkan video acah baharu yang memperlihatkan watak Gaia beraksi.

Seperti yang dilaporkan oleh kami, Warriors Orochi 4 Ultimate merupakan versi pernambahan daripada permainan Warriors Orochi 4 yang dilancarkan sebelum ini di mana ianya merupakan permainan aksi yang menyertakan lebih dari 170 watak dari siri Dynasty Warriors dan Samurai Warriors.

Terkini, melalui versi ini, Koei Tecmo juga menyertakan sebilangan mod baharu dan kandungan penceritaan baharu yang pemain boleh dapatkan melaluinya. Selain itu, mereka juga akan melancarkan pernambahan secara berasingan buat mereka yang sudah pun memiliki permainan Warriors Orochi 4 sebelum ini.

Bagi anda yang ingin mendapatkan permainan ini, anda boleh berbuat demikian menjelang Februari tahun hadapan.


TIPS & ULASAN