Sebelum ini, Mojang mengumumkan permainan seterusnya untuk siri Minecraft, iaitu Minecraft Dungeons yang mana ianya merupakan permainan aksi RPG yang memfokuskan bentuk multi-pemain dengan kamera isometrik.
Terkini, bersempena dengan acara Minecon 2019 yang berlangsung hujung minggu lepas, Mojang memperlihatkan video acah baharu buat permainan tersebut.
Melalui video di atas, Mojang memperlihatkan watak penjahat utama Arch-Illager yang mana beliau menjumpai satu Orb Of Dominance yang memberinya kuasa untuk menakluk dunia Minecraft tersebut. Sekaligus, pemain sebagai pengembara perlu menyelamatkan dunia daripada jajahan Arch-Illager tersebut.
Minecraft Dungeons diumumkan akan tiba di konsol Playstatio 4, Switch dan juga PC. Menariknya, bagi versi Xbox One, ianya juga diumumkan akan tiba di langganan Xbox Game Pass. Dari segi tarikh pelancarannya, ianya disahkan bakal tiba awal tahun hadapan. Bagi anda yang berminat untuk mencubanya lebih awal, anda boleh melayari laman rasmi untuk mendaftar dan berpeluang untuk mencubanya.