Skip to main content

Bandai Namco hari ini mengacahkan permainan seterusnya untuk siri permainan perlawanan My Hero One’s Justice dan menurut laporan, ianya akan diperlihatkan secara rasmi hujung minggu ini di acara New York Comic-Con di Amerika Syarikat.

Menurut laman rasmi permainan tersebut, My Hero One’s Justice 2 akan dilancarkan di konsol Playstation 4 dan Switch. Manakala versi Xbox One pula hanya akan dilancarkan secara digital sahaja.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan permainan My Hero One’s Justice, permainan pertamanya sebelum ini telah pun dilancarkan yang mana sebelum ini kami melaporkan ianya terjual melebih 500,000 salinan dan ia memfokuskan bentuk permainan perlawanan berdasarkan watak-watak adiwira dan penjahat dari siri anime My Hero Academia.

Seperti biasa, kami pasti akan mengemaskini informasi lanjut setelah ianya diumumkan kelak.

Leave a Reply