Skip to main content

Sebelum ini, Arc System Works mengacahkan bahawa mereka akan umum watak May ketika acara CEOtaku yang berlangsung hujung minggu lepas.

Terkini, mereka akhirnya memperlihatkan watak tersebut bersama-sama dengan satu video acah khas yang memperlihatkan watak May dengan kemahiran pertarungannya.

Seperti sebelum ini, watak May mempunyai serangan dengan keupayaan untuk memanggil pelbagai jenis ikan seperti ikan paus. Beliau juga merupakan salah seorang lanun daripada kru Jellyfish.

Arc System Works juga mengacahkan watak Axl Low yang mana ianya akan diperlihatkan secara rasmi ketika acara SEA Major 2019 di Singapura yang akan berlangsung pada 12 hingga 13 Oktober ini.

Permainan perlawanan baharu Guilty Gear dijadualkan untuk dilancarkan tahun hadapan. Buat masa ini, platform mahupun tarikh pelancaran rasmi masih belum diumumkan.

Leave a Reply