Skip to main content

Cuphead hari ini menyambut ulang tahun ke-2 dan bersama dengan sambutan tersebut mereka juga mengumumkan yang Cuphead telah terjual sebanyak 5 juta unit. Ia memperlihatkan peningkatan sebanyak 2 juta unit, selepas mengumumkan terjual 3 juta unit pada bulan Ogos lepas.

Peningkatan tersebut berkemungkinan besar dibantu oleh versi Switch yang dikeluarkan pada April tahun ini. Bersempena dengan kejayaan tersebut, mereka merancang untuk melakukan pemberian hadiah sepanjang 5 hari dan permainan tersebut juga dijual dengan 20% potongan harga sepanjang minggu ini.

Studio MDHR sebelum ini juga telah mengumumkan yang mereka akan mengeluarkan DLC untuk permainan tersebut yang akan tiba sekitar tahun 2020. Cuphead sudah dikeluarkan untuk Xbox One, Switch dan PC.

Leave a Reply