Seperti musim yang lepas yang menyertakan Wattson, musim ke-3 Apex Legends juga akan menyertakan watak ataupun legend baharu iaitu Crypto. Watak tersebut mempunyai kebolehan menggunakan dron semasa pertempuran.
Selain itu, musim baharu ini juga akan menyertakan peta Planet Talos yang memperlihatkan kawasan yang berais. Ia juga menandakan bermulannya Battle Pass baharu yang akan menyertakan lebih 100 barangan di dalam permainan.
Musim ketiga ini juga memperlihatkan senjata baharu yang boleh digunakan oleh pemain iaitu Charge Rifle. Peta baharu, serta watak baharu Crypto boleh diperlihatkan dengan lebih mendalam melalui trailer bentuk permainan yang dikongsi oleh Respawn dan EA.
Apex Legends sudah dikeluarkan dan percuma untuk dimainkan di PlayStation 4, Xbox One dan PC.