Informasi Permainan Video Terkini
Pengarah Filem BumbleBee, Travis Knight Disahkan Akan Mengarah Filem Aksi-Nyata Uncharted

Pengarah Filem BumbleBee, Travis Knight Disahkan Akan Mengarah Filem Aksi-Nyata Uncharted

Diterbitkan pada Sep 28, 2019 oleh .

Sebelum ini kami melaporkan yang mana filem aksi-nyata Uncharted tidak lagi mempunyai pengarah akibat Dan Trachtenberg telah menarik diri untuk mengarah filem tersebut.

Selang sebulan kemudian, kini Sony Pictures akhirnya mengumumkan yang mana Travis Knight, iaitu pengarah buat filem BumbleBee dan Kubo And The Two Strings akan mengarah filem aksi-nyata Uncharted, yang mana rakaman filem tersebut dijadualkan bakal bermula awal tahun hadapan.

Menurut laporan Deadline, filem tersebut akan di terbitkan oleh Atlast Entertainment dan Arad Productions manakala skrip pula akan dihasilkan oleh Rafe Judkins, Art Marcum dan Mat Halloway. Selain itu, Deadline juga mengesahkan bahawa PlayStation Productions iaitu studio produksi filem oleh Sony Interactive Entertainment juga akan terlibat dengan produksi filem aksi-nyata Uncharted ini.

Siri Uncharted sememangnya sangat terkenal di kalangan pemain dengan hasil jualan siri tersebut sudah pun melebihi 41 juta salinan seluruh dunia, filem ini pasti akan dinanti-nantikan oleh peminat seluruh dunia. Tambahan itu, dengan watak utama, Nathan Drake akan dilakonkan oleh Tom Holland, ini sudah pasti menjadi satu filem terbesar oleh Sony.

Buat masa ini, tarikh tayangan masih belum diumumkan secara rasmi, meskipun begitu, sebelum ini ianya dijadulkan untuk ditayangkan bermula Disember 2020 kelak.


TIPS & ULASAN