Skip to main content

Sebelum ini, Sony Interactive Entertainment mengumumkan 3 permainan akan menyertakan senarai Playstation Hits iaitu Horizon Zero Dawn, God Of War III Remastered dan Nioh yang mana, ianya adalah siri Playstation Hits merupakan senarai permainan yang terkenal yang telah dilancarkan di konsol Playstation 4 sebelum ini dan ianya menerima potongan harga serendah RM79.

Terkini, Sony mengumumkan 3 lagi permainan akan menyertai siri tersebut, iaitu God Of War, Gran Turismo Sport dan juga Uncharted: The Lost Legacy. Menurut Sony, ketiga-tiga permainan tersebut akan mula menerima potongan harga secara jualan digital dan fizikal bermula 4 Oktober 2019 ini.

God Of War merupakan permainan yang diolah semula buat siri God Of War, namun ianya masih lagi adalah sekuel kepada God Of War III yang dilancarkan sebelum ini. Permainan aksi pengembaraan ini sememangnya salah satu permainan terbaik yang dilancarkan tahun lepas, sekaligus dengan menerima potongan harga sehingga RM79, semestinya ini adalah satu tawaran yang sangat berbaloi.

Manakala permainan Uncharted: The Lost Legacy pula adalah permainan mengembaraan siri Uncharted oleh Naughty Dog yang memfokuskan watak Chloe dan Nadine. Gran Turismo Sport pula adalah permainan simulasi perlumbaan oleh Polyhony Digital yang sering menerima pelbagai kemaskini.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan tersenarai di atas dengan harga serendah RM79 dimana-mana pengedar rasmi Playstation bermula 4 Oktober 2019 kelak.

Leave a Reply