Phoenix Labs hari ini melancarkan versi 1.0 selepas dikeluarkan secara akses awal pada tahun lepas untuk permainan aksi koperasi mereka Dauntless. Bersamanya, ia juga menyertakan penambahan baharu iaitu Aether Unbound.

Penambahan tersebut menyertakan cara baharu untuk pemain menyerang iaitu Aether Strikers yang akan memberikan serangan yang pantas dan berkuasa.

Ia juga menyertakan raksasa baharu iaitu Dire Behemoth dan Tempestborne Stormclaw. Melaluinya, sistem baharu iaitu Bounty juga diperkenalkan untuk untuk menggantikan cabaran mingguan.

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang Dauntless kini mempunyai lebih 15 juta pemain iaitu peningkatan mendadak berbanding Mei lepas apabila mereka melaporkan yang permainan tersebut mempunyai 5 juta pemain.

Dauntless kini boleh dimuat turun secara percuma untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Epic Games Store dan ia menyertakan fungsi rentas platform. Ia juga dirancangkan untuk Switch pada akhir tahun ini.

Sohor Kini