Informasi Permainan Video Terkini
Dapatkan Metro 2033 Redux Dan Everything Secara Percuma Di Epic Games Store
PC

Dapatkan Metro 2033 Redux Dan Everything Secara Percuma Di Epic Games Store

Diterbitkan pada Sep 27, 2019 oleh .

Minggu lepas kita telah diberikan 6 permainan Batman secara percuma oleh Epic Games Store. Berakhirnya tawaran tersebut bermula semalam, pemain kini diberikan pula Metro 2033 Redux dan juga Everything.

Metro 2033 Redux merupakan permainan aksi menembak secara pandangan diri pertama yang dikeluarkan pada tahun 2010, ia adalah berdasarkan novel berjudul sama. Manakala versi penambah-baikkan Redux dikeluarkan pada tahun 2014.

Everything pula merupakan permainan simulasi yang dikeluarkan pada tahun 2017. Ia dibangunkan oleh David OReilly dan diterbitkan oleh Double Fine Productions.

Dua permainan ini boleh dimuat-turun secara percuma sehingga 3 Oktober 2019, kemudian ia digantikan dengan permainan Minit.

Epic Games Store: Everything/Metro 2033 Redux


TIPS & ULASAN