Sebelum ini, kami berkongsi yang mana Koei Tecmo akan melancarkan permainan koleksi Atelier Dusk Trilogy Deluxe Pack dan kini tarikh pelancaran permainan tersebut akhirnya diumumkan secara rasmi.

Menurut Koei Tecmo, permainan tersebut akan tiba pada 14 Januari 2020 ini di konsol Playstation 4, Switch dan juga PC melalui Steam yang mana ianya akan menyertakan 3 siri permainan Atelier yang dilancarkan sebelum ini secara versi pernambah-baikkan iaitu:

  • Atelier Ayesha: The Alchemist Of Dusk DX
  • Atelier Escha & Logy: Alchemists Of The Dusk Sky DX
  • Atelier Shallie: Alchemists Of The Dusk Sea DX

Seperti yang dilaporkan oleh kami, versi pek trilogi ini merupakan versi pernambah-baikkan dari versi Playstation 3 yang dilancarkan sebelum ini di mana ianya bukan sahaja mempunyai visual yang lebih baik, malah ianya juga akan dilancarkan bersama-sama dengan kandungan tambahan, termasuklah segala DLC yang dilancarkan sebelum ini.

Bagi anda yang meminati siri JRPG Atelier, pastikan anda mendapatkan Atelier Dusk Trilogy Deluxe Pack ini menjelang Januari kelak.

Sohor Kini