Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Percuma Xbox Live Gold Bagi Bulan Oktober 2019 Diumumkan

Permainan Percuma Xbox Live Gold Bagi Bulan Oktober 2019 Diumumkan

Diterbitkan pada Sep 27, 2019 oleh .

Microsoft hari ini akhirnya mengumumkan permainan-permainan percuma yang bakal mereka sertakan untuk pelanggan Xbox Live Gold bagi bulan Oktober ini yang mana ianya akan menyertakan dua permainan Xbox One dan dua permainan Xbox 360.

Berikut adalah senarai permainan yang bakal tiba secara percuma buat pelanggan Xbox Live Gold:

  • Tempo The Badass Elephant – Boleh ditebus dari 1 hingga 30 Oktober
  • Firday The 13th: The Game – Boleh ditebus dari 16 Oktober hingga 15 November
  • Disney’s Bolt – Boleh ditebus dari 1 hingga 15 Oktober
  • Ninja Gaiden 3: Razor’s Edge – Boleh ditebus dari 16 hingga 31 Oktober

Xbox Live Gold merupakan langganan khas buat pengguna konsol Xbox yang mana ianya bermula dengan harga $9.99(~RM42) untuk sebulan dan $59.99(~RM252) untuk 12 bulan. Anda juga boleh mendapatkannya bersama langganan Xbox Game Pass, melalui Xbox Game Pass Ultimate yang diumumkan sebelum ini.

Jangan lepaskan peluang anda untuk memuat-turun permainan-permainan tersebut menjelang Oktober ini. Bagi anda yang masih belum memuat-turun permainan bulan September, anda masih lagi boleh memuat-turun sebahagian daripadanya hari ini.


TIPS & ULASAN