Seperti kita sedia maklum Star Wars Jedi: Fallen Order iaitu permainan baharu oleh Respawn berdasarkan IP Star Wars berlaku selepas Order 66 iaitu arahan oleh Palpatine untuk membunuh kesemua Jedi dikeluarkan.
Oleh disebabkan itu watak utama permainan ini iaitu Cal Kestis yang merupakan seorang Jedi terpaksa melarikan diri daripada Empire. Di dalam video acah baharu untuk permainan tersebut, Cal Kestis diperlihatkan sedang bertempur dengan seorang Inquisitor iaitu Second Sister.
Cal Kestis tampaknya hampir tewas, sebelum diselamatkan oleh Cere Junda yang juga merupakan seorang Jedi. Berdasarkan dialog di dalam trailer tersebut, pada masa itu Cere dan Cal tidak mempunyai sebarang hubungan sebaliknya Cere memberitahu Cal, mereka perlu bekerjasama kerana mempunyai musuh dan matlamat yang sama.
Video tersebut juga memperlihatkan pertempuran serta raksasa yang perlu di lawan oleh pemain, Respawn dan EA sebelum ini juga berkongsi 15 minit sesi bermain untuk permainan tersebut.
Star Wars Jedi: Fallen Order akan dikeluarkan di PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 15 November 2019.