Hari ini melalui akaun Twitter rasmi Naughty Dog, mereka menyatakan bahawa permainan akan datang The Last Of Us Part II tidak akan menyertakan mod multi-pemain “Factions ” seperti permainan pertama The Last Of Us sebelum ini.

Menurut Naughty Dog, pembangunan mod penceritaan bagi The Last Of Us Part II sememangnya merupakan pembangun terbesar oleh mereka, sekaligus mengambil keputusan untuk tidak sertakan mod tersebut.

Meskipun begitu, menurut mereka juga, pada masa akan datang, mereka mungkin akan membawa kandungan atas-talian dalam bentuk permainan lain. Namun informasi lanjut tidak akan dikongsi sehinggalah ianya siap sedia untuk diumumkan.

Seperti ini agak mengecewakan bagi mereka yang ingin bermain mod multi-pemain buat permainan seterusnya The Last Of Us. Meskipun begitu, memandangkan apa yang dinyatakan oleh Naughty Dog berkenaan permainan The Last Of Us Part II adalah satu permainan terbesar mereka, kami yakin ramai pemain akan masih lagi berpuas hati dengan hasil yang dibawakan oleh mereka.

Selain itu, bersempena dengan hari Outbreak Day untuk sisi The Last Of Us, Naughty Dog juga memperlihatkan sebilangan kandungan baharu buat permainan tersebut, termasuklah figura Ellie khas oleh Dark Horse, atur cara untuk pakaian Ellie, Tshirt Joel dan juga tema khas percuma buat konsol Playstation 4 yang anda boleh muat-turun di PSN Store.

The Last Of Us Part II akan dilancarkan secara eksklusif di Playstation 4 pada 21 Februari 2020.

Sohor Kini