Informasi Permainan Video Terkini
Motion Twin Menubuhkan Studio Baharu Untuk Membangun Kemaskini Dead Cells

Motion Twin Menubuhkan Studio Baharu Untuk Membangun Kemaskini Dead Cells

Diterbitkan pada Sep 26, 2019 oleh .

Motion Twin minggu ini melalui temubual bersama Destructoid mengumumkan yang permainan Dead Cells telah terjual sebanyak 2.4 juta unit, iaitu peningkatan sebanyak 400 ribu unit berbanding jumlah yang dikongsi pada bulan Mei lepas.

Selain itu mereka juga mengatakan yang Motion Twin telah menubuhkan satu studio baharu iaitu Evil Empire di mana ia adalah pecahan daripada pembangun Motion Twin.

Evil Empire akan memfokuskan pembangunan kemaskini untuk Dead Cells, manakala Motion Twin akan membangunkan permainan baharu. Namun, tambah mereka pada masa hadapan, studio baharu tersebut akan turut membangunkan permainan baharu dan beralih daripada Dead Cells.

Dead Cells telah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch, PC dan iOS. Manakala untuk Android akan tiba sekitar tahun ini.


TIPS & ULASAN