Hari ini berlangsungnya Oculus Connect iaitu persidangan khas untuk pembangun aplikasi untuk Oculus. Di acara tersebut CEO Facebook iaitu Mark Zuckerberg mengumumkan beberapa penambahan untuk Oculus Quest.

Oculus Quest merupakan set kepala VR yang tidak memerlukan PC untuk berfungsi sebaliknya, segala permainan dipasang ke dalam set kepala itu sendiri. Namun, antara perkara yang diumumkan adalah Oculus Link.

Melalui Link, pemilik Oculus Quest boleh menyambung Oculus Quest ke PC agak ia boleh digunakan seperti mana set kepada VR yang biasa. Ini akan membolehkan Quest untuk menggunakan aplikasi ataupun bermain permainan realiti maya di PC. Ia dijangka akan tiba November ini.

Selain itu, Zuckerberg juga mengumumkan penjejak tangan baharu untuk Oculus Quest di mana ia tidak lagi memerlukan perkakasan seperti Oculus Touch untuk mengesan pergerakan tangan. Ia dijangka tiba pada sekitar tahun hadapan tetapi mereka mengatakan ia adalah masih di peringkat percubaan.

Respawn iaitu pembangun untuk Apex Legends turut mengumumkan permainan baharu dengan kerjasama bersama Oculus iaitu Medal of Honor: Above and Beyond.

Sohor Kini