Skip to main content

Kojima Productions hari ini mengumumkan yang permainan sulung mereka iaitu Death Stranding sudah siap dibangunkan dan mengesahkan yang ia akan tiba pada 8 November ini untuk PlayStation 4 Pro.

Bersama dengan pengumuman tersebut, mereka juga berterima kasih kepada Hideo Kojima, pasukan produksi Kojima, Sony, Guerrilla Studio dan juga pelakon-pelakon untuk permainan ini.

SIE minggu ini juga mengumumkan yang berkas PlayStation 4 Pro untuk Death Stranding akan dipasarkan di Malaysia secara rasmi dengan harga RM1799. Ia menyertakan permainan itu sendiri secara fizikal dan konsol rekaan khas.

Leave a Reply