Seperti yang kami laporkan sebelum ini, mod multi-pemain buat Stardew Valley dilancarkan secara rasmi di konsol Switch dan PC sebelum ini, namun bagi versi konsol Playstation 4 dan Xbox One, diumumkan bakal tiba tidak lama lagi.
Terkini, menurut ConcernedApe iaitu pembangun permainan tersebut, beliau akhirnya mengesahkan bahawa kemaskini tersebut kini akhirnya tiba di konsol Playstation 4. Namun, dukacitanya bagi versi Xbox One, ianya masih belum lagi dilancarkan.
Seperti yang diperkatakan di atas, kemaskini mod multi-pemain kini tiba melalui kemaskini 1.3 bagi permainan Stardew Valley di konsol Playstation 4 yang mana ianya juga menyertakan sebilangan kemaskini lain seperti sokongan bahasa tambahan, keseimbangan permainan dan sebagainya.
Bagi anda yang ingin mencuba mod tersebut, pastikan anda memuat-turun kemaskini terkini bagi permainan Stardew Valley bermula hari ini.
Stardew Valley telah pun dilancarkan di pelbagai platform termasuklah di konsol, PC dan juga versi permua di iOS dan Android.