Skip to main content

Bagi anda yang sering bermain permainan perlumbaan di konsol Switch seperti permainan Mario Kart 8 Deluxe mahupun Crash Team Racing Nitro-Fueled, anda mungkin berminat untuk mendapatkan set alat kawalan stereng yang diumumkan oleh Hori minggu ini.

Melaluinya, Hori mengumumkan dua edisi alat kawalan stereng berbeza dan menariknya sekali, alat kawalan tersebut bukan sahaja boleh digunakan untuk konsol Switch, malah ianya juga berupaya untuk dimainkan di PC.

Set alat kawalan stereng pertama yang diumumkan adalah alat kawalan “Mario Kart 8 Racing Wheel for Nintendo Switch” yang mana ianya boleh dipra-tempah melalui laman Play-Asia dengan harga RM333.90. Alat kawalan tersebut juga mempunyai segala butang seperti JoyCon, namun ianya juga bersertakan pedal kaki.

Manakala set alat kawalan stereng kedua pula adalah “Mario Kart 8 Racing Wheel for Nintendo Switch DX Edition” yang mana juga boleh didapatkan di laman Play-Asia dengan harga RM601.94.

Versi Deluxe ini menyertakan beberapa butang tambahan dan kedua-dua alat kawalan tersebut akan dilancarkan sekitar penghujung November ini.

Semestinya alat kawalan ini adalah alat kawalan khas yang dihasilkan untuk pemain permainan perlumbaan di konsol Switch dan bagi anda yang berminat, pra-tempahan sudah boleh dilakukan di laman Play-Asia yang dinyatakan di atas.

Leave a Reply