Informasi Permainan Video Terkini
Permua Berdasarkan Siri Permainan Kad Duel Masters Diumumkan – Bakal Tiba Di Peranti iOS Dan Android

Permua Berdasarkan Siri Permainan Kad Duel Masters Diumumkan – Bakal Tiba Di Peranti iOS Dan Android

Diterbitkan pada Sep 26, 2019 oleh .

Siri permainan kad Duel Masters semestinya salah satu permainan yang menjadi kesukaan saya sendiri ketika saya masih muda beberapa tahun lepas di mana ianya adalah set permainan kad seakan siri Yu-Gi-Oh dengan siri anime yang dipertayangkan di saluran NTV7.

Terkini, DeNA dan Takara Tomy mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan satu permua khas berdasarkan siri tersebut yang dinamakan Duel Masters Play’s.

Buat masa ini, permua tersebut diumumkan buat pasaran Jepun dan ianya akan tiba di peranti telefon pintar di iOS dan juga Android.

Seperti permainan kad nyata buat siri tersebut, melalui permua ini pemain juga berupaya unutk bertempur bersama-sama kad-kad raksasa di dalam siri Duel Masters dan ianya juga akan menyertakan bentuk pertempuran secara atas-talian dan penghasilan karektor tersendiri.

Buat masa ini, pra-pendaftaran dibuka melalui laman rasmi permua tersebut dan beta tertutup juga dirancang untuk diadakan kelak. Namun, seperti yang dinyatakan di atas, buat masa ini ianya hanya di pasaran Jepun.

Namun kami di Aksiz percaya ianya akan tiba di pasaran global tidak lama lagi dan kami pasti akan mengemaskini sebarang informasi lanjut berkenaannya.


TIPS & ULASAN