Informasi Permainan Video Terkini
Edisi Terhad The Last Of Us Part II Disahkan Bakal Tiba Di Pasaran Malaysia – Pra-Tempahan Akan Diumumkan Kemudian

Edisi Terhad The Last Of Us Part II Disahkan Bakal Tiba Di Pasaran Malaysia – Pra-Tempahan Akan Diumumkan Kemudian

Diterbitkan pada Sep 26, 2019 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman yang dilakukan oleh Sony dan Naughty Dog minggu ini berkenaan pelancaran The Last Of Us Part II yang bakal tiba Februari depan, Sony Interactive Entertainment Singapura ataupun Playstation Asia hari ini mengesahkan yang mana edisi terhad buat permainan tersebut akan tiba di pasaran Malaysia.

Menurut kenyataan mereka di Twitter, edisi-edisi fizikal terhad yang diumumkan oleh Sony sebelum ini disahkan akan dijual dan dipra-tempah kelak buat pasaran Asia Tenggara. Namun dari segi tarikh pra-tempahan, ianya akan diumumkan kemudian.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, bagi edisi digital buat permainan tersebut, ianya kini sudah boleh dipra-tempah di mana ianya mempunyai dua edisi yang dijual iaitu:

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, setiap pra-tempahan buat kesemua edisi permainan akan menyertakan tatu untuk Ellie, penaik-tarafan untuk simpanan peluru dan juga manual untuk penghasilan barangan.

Manakala bagi edisi fizikal yang lain, berikut adalah imej yang disediakan oleh Sony termasuklah senarai-senarai kandungan yang disediakan.

Berikut adalah edisi fizikal buat The Last Of Us Part II Special Edition yang mana ianya menyertakan:

  • Permainan penuh The Last Of Us Part II
  • Bekas besi khas
  • Buku karya seni khas dengan 48 muka surat
  • Kandungan Digital – Tema dinamik PS4
  • Kandungan Digital – 6 Avatar PSN

Berikut adalah edisi fizikal buat The Last Of Us Part II Collector’s Edition yang mana ianya menyertakan:

  • Permainan penuh The Last Of Us Part II
  • Bekas besi khas
  • Figura Ellie bersaizkan 12 inci
  • Buku karya seni khas dengan 48 muka surat
  • Gelang tangan Ellie
  • Karya cetakan litografi khas
  • Surat penghargaan oleh Naughty Dog
  • 5 set pelekat
  • 6 set pin enamel
  • Kandungan Digital – Tema dinamik untuk PS4
  • Kandungan Digital – 6 Avatar PSN
  • Kandungan Digital – Muzik latar
  • Kandungan Digital – Buku karya seni

Manakala edisi terakhir merupakan edisi fizikal buat The Last Of Us Part II Ellie Edition yang mana ianya menyertakan:

  • Permainan penuh The Last Of Us Part II
  • Bekas besi khas
  • Figura Ellie bersaizkan 12 inci
  • Buku karya seni khas dengan 48 muka surat
  • Beg galas Ellie
  • Gelang tangan Ellie
  • Logo tampal berjahit
  • Karya cetakan litografi khas
  • Surat penghargaan oleh Naughty Dog
  • Rekod vinil muzik latar permainan
  • 5 set pelekat
  • 6 set pin enamel
  • Kandungan Digital – Tema dinamik untuk PS4
  • Kandungan Digital – 6 Avatar PSN
  • Kandungan Digital – Muzik latar
  • Kandungan Digital – Buku karya seni

Buat masa ini, senarai harga mahupun tarikh rasmi pra-tempahan masih belum diumumkan. Meskipun begitu, sekurang-kurangnya Sony kini mengesahkan ia bakal tiba di pasaran Malaysia. Seperti biasa, kami akan mengemaskininya setelah Sony mengumumkannya secara rasmi kelak.

The Last Of Us Part II akan dilancarkan secara eksklusif di konsol Playstation 4 pada 21 Februari 2020.


TIPS & ULASAN