Respawn Entertainment dan Oculus Studios hari ini mengumumkan yang mana mereka kini sedang membangunkan permainan baharu buat siri permainan Medal Of Honor yang dipanggil Medal Of Honor: Above And Beyond.
Permainan ini dibangunkan secara khas sebagai satu permainan penembak realiti-maya buat platform Oculus Rift dan bakal dilancarkan pada tahun hadapan. Seperti siri klasik Medal Of Honor, ianya akan memfokuskan ketika era perang dunia kedua dan pemain akan bermain sebagai pasukan Allied dan akan bertempur dengan pelbagai mush askar Nazi dan sebagainya.
Menurut Respawn Entertainment lagi, permainan ini akan mempunyai bentuk peceritaan penuh dan mod multi-pemain dengan pelbagai elemen senjata-senjata dari era perang dunia kedua tersebut.
Menurut EA, informasi lanjut lain akan diumumkan kemudian.