Seperti diumumkan sebelum ini, Mario Kart Tour akhirnya tiba untuk peranti pintar iOS dan juga Android melalui gedung aplikasi masing-masing.
Buat masa ini kami masih tidak dapat log masuk untuk mencuba permainan tersebut, mungkin kerana ia terlalu sibuk. Anda boleh mencuba sendiri dan mungkin lebih bernasib baik.
Mario Kart Tour merupakan permainan mudah alih seterusnya oleh Nintendo, ia adalah percuma untuk di-muat turun tetapi disertakan dengan pembelian di dalam permainan dan mempunyai elemen ‘gacha’.
[download]App Store: Mario Kart Tour[/download] [download]Play Store: Mario Kart Tour[/download]