Skip to main content

Seperti yang diumumkan sebelum ini Play Pass telah hadir untuk pengguna android tetapi terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat. Hari ini, ia tiba secara rasmi dan kami telah mencubanya.

Bagi pendaftaran baharu, Google menawarkan tempoh percubaan selama 10 hari dan selepas itu, ia akan di-caj sebanyak $1.99 (RM8) sebulan selama setahun, dan harga caj biasa adalah $4.99 (RM20).

Selepas langganan berjaya, tab baharu di bahagian bawah akan disertakan iaitu tab khas untuk Play Pass. Di tab tersebut ia akan memperlihatkan senarai permainan serta aplikasi yang terdapat di dalam langganan ini.

Anda juga boleh mencari atau melihat senarai permainan seperti biasa, jika permainan tersebut merupakan sebahagian Play Pass, satu ikon kecil akan diletakkan di bahagian harga.

Pada pendapat saya, tidak banyak permainan yang menarik ditawarkan di dalam langganan ini, hanya beberapa permainan sahaja yang mungkin menarik minat pemain, contohnya, Stardew Valley, Terraria, Mini Metro dan Monument Valley.

Bahkan, jika dilihat pada senarai 500 permainan paling popular, hanya 28 sahaja permainan yang disertakan di dalam Play Pass tersebut. Boleh dikatakan buat masa ini, Play Pass tidaklah menarik untuk pengemar permainan mudah alih.

Mungkin ini adalah pada peringkat awal sahaja dan Google sudah semestinya akan menambah lebih banyak permainan di masa hadapan.

Selain permainan berbayar, Play Pass juga menyertakan permainan percuma yang boleh dimainkan dengan iklan, dengan adanya Play Pass, ia tidak lagi mempunyai iklan.

Namun, dengan harga promosi yang ditawarkan ia adalah agak berbaloi untuk dicuba sekurang-kurangnya bagi masa setahun pertama ini. Buat masa ini Google masih tidak mengesahkan bila Play Pass ini akan diperlukan ke negara lain, tetapi jika anda ingin mencuba anda memerlukan akaun Google Play Amerika Syarikat.

Apa pendapat anda mengenai Play Pass, adakah ia berbaloi atau ingin lebih banyak permainan lain?

Leave a Reply