Grapeshot Games di acara Inside Xbox mengumumkan yang permainan MMO berdasarkan lanun mereka iaitu Atlas akan turut dikeluarkan untuk Xbox One pada 8 Oktober 2019 selepas dikeluarkan untuk PC secara askes awal pada tahun lepas.
Menurut pembangun lagi, sebarang kemaskini yang dikeluarkan untuk permainan tersebut akan dikeluarkan serentak untuk versi Xbox One dan PC menjadikan ia adalah satu permainan yang sama.
Atlas buat masa ini masih menerima pelbagai reaksi negatif kerana masalah prestasi dan juga pelbagai pepijat yang mengganggu pengalaman bermain.