Di acara Inside Xbox yang berlangsung pada awal pagi hari ini, Kong Orange dan Daedalic Entertainment mengumumkan yang permainan tekaria mengenai kematian mereka iaitu Felix the Reaper akan dikeluarkan pada 17 Oktober 2019.

Ia diumumkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Menariknya, untuk versi Xbox One dan PC ia juga akan disertakan di dalam Game Pass pada hari pengeluaran kelak.

Di dalam permainan ini anda akan mengawal Felix iaitu malaikat maut yang bekerja di kementerian kematian, beliau menyukai Betty the Maiden yang bekerja di kementerian kehidupan. Beliau juga suka menari.

Beliau menjadi malaikat maut untuk memasuki dunia manusia supaya beliau berpeluang untuk bertemu dengan Betty. Inside Xbox juga berkongsi video di-belakang tabir untuk permainan tersebut yang anda bolen tonton di bawah.

Sohor Kini