Ketika acara State Of Play awal pagi ini, Sony mengumumkan yang mana mereka kini melancarkan demo khas buat permainan MediEvil yang bakal tiba tidak lama lagi secara percuma di konsol Playstation 4 melalui PSN Store.

Menurut Sony, demo ini akan tersedia dalam tempoh masa terhad iaitu sehingga 6 Oktober 2019 dan bagi mereka yang mencubanya, Sony akan menyertakan kandungan khas “Dan’s Helmet” apabila pemain membeli permainan penuh apabila ia dilancarkan kelak.

Seperti anda sedia maklum, MediEvil merupakan permainan olahan semula berdasarkan permainan dengan nama yang sama di mana ianya sebelum ini dilancarkan di Playstation 1 beberapa tahun lepas. Kini melalui olahan semula ini, ianya menyertakan sebilangan pernaik-tarafan dari segi visual dan juga bentuk permainan.

Bagi anda yang berminat untuk memuat-turun demo tersebut, ianya kini sudah tiba di PSN Store Malaysia melalui pautan di bawah.

Muat-Turun PSN Store: Demo MediEvil

MediEvil akan dilancarkan secara rasmi pada 25 Oktober 2019 ini khas di konsol Playstation 4 di mana ianya kini sudah boleh mula dipra-tempah bagi versi digital melalui PSN Store dengan harga:

  • MediEvil (Edisi Biasa) RM125
  • MediEvil (Edisi Deluxe) RM167

Menurut Sony, bagi mereka yang membuat pra-tempahan, Sony akan menyertakan set avatar khas buat pemain. Manakala edisi Deluxe pula akan menyertakan sebilangan kandungan tambahan seperti set pakaian perisai emas, buku karya digital, buku komik digital, muzik latar dan tema dinamik Playstation 4.

Sohor Kini