Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Percuma Playstation Plus Bulan Oktober 2019 Diumumkan – The Last Of Us Remastered Dan MLB The Show 2019

Permainan Percuma Playstation Plus Bulan Oktober 2019 Diumumkan – The Last Of Us Remastered Dan MLB The Show 2019

Diterbitkan pada Sep 25, 2019 oleh .

Kemaskini: Permainan percuma PS Plus bagi bulan Oktober kini boleh dimuat turun. Bersempena dengannya, PlayStation juga berkongsi satu trailer yang memperlihatkan perubahan watak Ellie daripada The Last of Us.

PS Store: Permainan Percuma PS Plus Oktober 2019


Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan permainan percuma buat pelanggan Playstation Plus bagi bulan Oktober 2019 ini untuk pelanggan Malaysia. Pengumuman ini juga dilakukan ketika acara State Of Play yang ditayangkan awal pagi ini.

Kali ini, Sony membawa 2 permainan untuk pelanggan Playstation Plus dimana ianya boleh dimuat-turun bermula 2 Oktober sehingga 5 November 2019 ini. Permainan yang disertakan adalah:

  • The Last Of Us Remastered (PS4)
  • MLB The Show 2019 (PS4)

Bagi anda yang masih belum memuat-turun permainan percuma Playtation Plus bagi bulan September anda boleh memuat-turunnya sehingga 1 Oktober ini.


TIPS & ULASAN