Informasi Permainan Video Terkini
6 Permainan Realiti-Maya Baharu Diumumkan Bakal Tiba Di Playstation VR Ketika Acara State Of Play

6 Permainan Realiti-Maya Baharu Diumumkan Bakal Tiba Di Playstation VR Ketika Acara State Of Play

Diterbitkan pada Sep 25, 2019 oleh .

Semestinya permainan realiti-maya di Playstation VR akan terus dikembangkan dengan sokongan Sony Interactive Entertainment di mana hari ini ketika acara State Of Play yang berlangsung awal pagi ini, Sony memperlihatkan sebilangan permainan baharu yang bakal tiba buat platform tersebut.

Antara permainan yang diumumkan adalah L.A. Noire: The VR Case Files yang mana ianya merupakan permainan oleh Rockstar Games, L.A. Noire yang dilancarkan sebelum dengan mod realiti-maya.

Permainan ini sebelum ini telah pun dilancarkan di PC, dan ianya menyertakan sebilangan misi daripada permainan asal dengan bentuk realiti-maya.

Bagi anda yang berminat, ianya kini sudah boleh dibeli dengan harga RM126 melalui PSN Store.

Selain itu, juga ketika acara yang sama, Sony juga mengumumkan sebilangan permainan realiti-maya lain yang bakal tiba di Playstation VR tidak lama lagi. Antara permainan yang diumumkan adalah:

  • Gorn ( Bakal tiba sekitar tahun ini )
  • Espire 1: VR Operative (Sekitar September 2019)
  • Stardust Odyssey ( Bakal tiba sekitar tahun ini )
  • After The Fall (Bakal tiba 2020 kelak)
  • Space Channel 5 VR Kinda Funky News Flash! (Bakal tiba sekitar tahun ini)

Kami pasti akan berkongsikan informasi lanjut berkenaan permainan-permainan yang diumumkan pada masa akan datang.


TIPS & ULASAN