Skip to main content

Ketika acara State Of Play yang berlangsung awal pagi ini, Sony juga memperlihatkan video acah buat permainan Afterparty, yang mana ianya adalah permainan seterusnya oleh pembangun permainan Oxenfree, Night School Studio.

Afterparty merupakan permainan pengembaraan yang mana pemain akan bermain sebagai Milo dan Lola yang baru sahaja meninggal dunia dan mereka berada di neraka dan bertemu dengan Satan.

Dari segi bentuk permainan, Afterparty kelihatan akan menyertakan sebilangan elemen minuman keras dengan pelbagai mini permainan. Seperti biasa, kami akan kongsikan informasi lain setelah ia diumumkan kelak.

Afterparty akan dilancarkan pada 29 Oktober 2019 ini di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Epic Games Store.

Leave a Reply