Ketika acara State Of play yang berlangsung awal pagi ini, Activision dan Infinity Ward mempertontonkan video acah baharu buat permainan akan datang Call Of Duty: Modern Warfare yang mana ianya kali ini memperlihatkan bentuk penceritaan permainan tersebut dengan lebih lanjut.
Seperti anda sedia maklum, permainan Call Of Duty: Modern Warfare kali ini merupakan olahan semula untuk siri Modern Warfare yang memfokuskan watak Captain Price, yang terkenal dari siri Modern Warfare tersebut.
Berdasarkan video acah tersebut, Activision juga memperlihatkan sebilangan watak-watak yang bakal tiba buat permainan tersebut yang mana seperti biasa, ianya kelihatan akan menyertakan bentuk naratif yang sangat mendalam dan beraksi.

Selain itu, juga pada pengumuman yang sama, Activision juga menyatakan bahawa versi Playstation 4 buat permainan ini juga akan menerima mod Special Ops Survival Mode dahulu secara eksklusif sebelum di platform lain.
Call Of Duty: Modern Warfare merupakan permainan penembak pandang pertama dan ianya bakal tiba 25 Oktober 2019 ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.