Ketika acara State Of Play yang berlangsung awal pagi ini, Techland dan Piccolo Studio mengumumkan permainan baharu yang bakal tiba di konsol Playstation 4 iaitu Arise: A Simple Story.

https://www.youtube.com/watch?v=710dif4cwFM

Melalui video acah yang diperlihatkan, ianya merupakan permainan pengembaraan yang memfokuskan seorang watak di mana beliau akan mengembara di dalam dunia yang luas dengan pelbagai halangan cuaca dan sebagainya.

Berdasarkan kenyataan pembangun juga, permainan ini akan memfokuskan bentuk naratif yang sedih dan juga menggembirakan dengan pelbagai pengembaraan yang sangat mendalam.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini informasi lanjut setelah ia diumumkan kelak.

Sohor Kini